Bilangan sperma lelaki seluruh dunia berkurang hingga 50 peratus
LONDON – Penurunan berterusan dalam kuantiti sperma lelaki di seluruh dunia merupakan krisis yang memberi ancaman kepada kesinambungan umat manusia, demikian menurut amaran dikeluarkan dalam satu laporan baharu seperti dilaporkan akhbar Metro UK.
Analisis besar-besaran yang pertama seumpamanya itu menunjukkan berlakunya penurunan kuantiti sperma dalam kalangan lelaki di rantau Amerika Tengah dan Selatan, Benua Asia serta Afrika.
Menurut pasukan penyelidik, kuantiti sperma bukan sekadar indikasi kepada kesuburan manusia, bahkan ia adalah petunjuk kepada tahap kesihatan lelaki.
Ini kerana kuantiti sperma yang berkurang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik, kanser testis dan jangka hayat lebih pendek.
Menurut penyelidik, pengurangan sperma itu memberi bayangan kepada krisis global berkaitan dengan alam sekitar dan gaya hidup moden, dengan implikasi besar-besaran bagi survival spesies manusia.
Analisis terbaharu berdasarkan data dari 53 buah negara itu diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction Update, dengan melibatkan koleksi data tambahan selama tujuh tahun (2011 hingga 2018).
Ia memberi fokus kepada pengiraan sperma dalam kalangan lelaki di benua yang belum pernah disemak sebelum ini terutamanya Amerika Selatan, Asia dan Afrika.
Hasilnya mendapati bahawa buat pertama kali, lelaki di rantau-rantau tersebut mengalami penurunan signifikan dalam jumlah kiraan sperma (TSC) dan konsentrasi sperma (SC) yang dilihat sebelum ini dalam kalangan lelaki di Amerika Utara, Eropah dan Australia.
“Secara keseluruhan, kami melihat penurunan signifikan dalam kuantiti sperma di seluruh dunia iaitu melebihi 50 peratus dalam tempoh 46 tahun. Pengurangan ini semakin pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata ketua penyelidik, Profesor Hagai Levine.
Tambah Levine, kajian tersebut turut menunjukkan bahawa gangguan dalam perkembangan saluran pembiakan semasa hayat janin dikaitkan dengan kemerosotan kesuburan seumur hidup dan penanda lain bagi disfungsi pembiakan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul kesian pada Rafizi, surat kelulusan berunding dengan lulus projek pun tak faham
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit
You must be logged in to post a comment.