Saya betul-betul cari calon suami, bukan main-main

Saya betul-betul cari calon suami, bukan main-main

Berumur antara 25 hingga 29 tahun, mempunyai kerjaya dan kehidupan stabil, manis di pandang serta wangi antara kriteria lelaki dicari Nur Fatini Amira, 26, untuk dijadikan calon suaminya.

Nur Fatini yang juga perunding insurans membuat ciapan di Twitter mengenai dirinya yang sedang mencari jodoh menjadi perhatian warganet dan diulang kicau hampir 1,500 kali.



Tindakannya itu membuatkan ada yang beranggapan dirinya terdesak untuk berkahwin.

“Betul. Mungkin ada orang akan fikir macam itu. Ciapan saya bukan main-main. Bagi saya, tak ada salah pun dengan cara itu, sebab selain saya, ramai lagi menggunakan platform sama untuk mencari jodoh. Malah, ramai yang berjaya.

“Jodoh ini macam main bola juga. Ada masa kita lari, ada masa kita berhenti, ada masa kita kena ‘pass’ kepada orang dan ada masa kita kena bagi gol.

“Jadi, cubalah banyak cara dalam mencari seseorang yang sesuai dengan kita asal saja cara itu tak memudaratkan kita,” katanya.



Menurutnya, dia mendapat banyak mesej peribadi yang mahu berkenalan.

“Tidak dinafikan memang ramai dan tak sangka sama sekali. Tapi saya hargai yang mana ‘direct message’ (DM) niat ikhlas nak berkenalan dengan saya.

“Saya cuba untuk balas semua memandangkan mereka mempunyai niat sama dengan saya iaitu mencari jodoh. Cuma mungkin ambil masa sedikit memandangkan semuanya dalam awal fasa perkenalan,” katanya.

Menurutnya, idea membuat ciapan dengan tujuan mencari jodoh itu kerana sedang mencari seseorang yang boleh hidup bersama dalam apa juga situasi.



“Mungkin ada cakap saya baru 26 tahun dan kenapa nak kena mencari dah, kerja dulu dan cari apa yang patut dan barulah jodoh akan datang.

“Semua tu memang betul. Cuma, saya sudah ada kerjaya yang semakin berkembang.

“Jadi, apabila sudah mencapai sesuatu saya memasang niat untuk ada seseorang di sisi yang boleh berjaya bersama. Apabila saya bersedia untuk berkahwin, dia juga bergerak bersama saya.

“Saya memilih Twittter sebab di sini ramai yang terbuka, lebih berpengetahuan dan tidak menilai seseorang berbanding aplikasi lain. Masih tidak menjangka mendapat penerimaan yang baik selepas buat ciapan itu,” katanya. – HM



Saya betul-betul cari calon suami, bukan main-main


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?



Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker