Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
#PRU15
Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
Khairy Jamaluddin percaya Ismail Sabri Yaakob perlu mencabar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan parti, jika beliau dilantik semula sebagai perdana menteri, selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ditanya dalam wawancara bersama BFM sama ada beliau akan bertanding lagi bagi jawatan presiden Umno pada pemilihan parti, yang akan diadakan tidak lebih enam bulan selepas PRU15, bekas ketua Pemuda Umno itu berkata beliau akan menyeberang “jambatan bila tiba masanya”.
“Seperti yang saya katakan, Ismail akan menjadi perdana menteri, kami patut menyokongnya sebagai presiden parti,” katanya.
“Dan orang lain, Hisham (Hishammuddin Hussein), saya sendiri, akan mengadakan perbincangan mengenai siapa yang akan lawan jawatan nombor dua (timbalan presiden).”
Ketika ini, Ismail merupakan seorang daripada tiga naib presiden Umno.
Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, sebelum ini pernah bertanding merebut jawatan presiden Umno bagi penggal 2018-2021, namun tewas selepas berada pada kedudukan kedua, di belakang Zahid.
Zahid meraih 99 undi, manakala Khairy menerima 61. Veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah berada pada kedudukan ketiga dengan 30 undi.
Pada Julai, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan permohonan Umno meminda perlembagaannya dan menangguhkan pemilihan parti hingga enam bulan selepas pilihan raya umum, atau hingga 18 bulan dari tempoh tamat penggal kepimpinan.
Mengulas perkara itu Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata parti akan mengadakan pemilihan tidak lebih dari enam bulan selepas PRU15.
Pemilihan parti itu sepatutnya diadakan pada 2020, bagaimanapun ditangguh susulan perintah kawalan pergerakan (PKP). FMT
Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen
You must be logged in to post a comment.