Scammer paksa terima, bayar barang tidak ketahui
Scammer paksa terima, bayar barang tidak ketahui
Seorang wanita medakwa menjadi mangsa penipuan apabila menerima bungkusan barang secara tiba-tiba dan perlu membayar barang tersebut ketika penghantaran dibuat.
Wanita yang dikenali sebagai @hawanis_ mendakwa, bungkusan barang yang dihantar daripada sebuah kedai ‘online’ (dalam talian) itu tidak pernah dipesan olehnya malah terpaksa membayar harga barang berjumlah RM69.
“Ramai dah terkena termasuk diri saya sendiri. Saya tidak mahu orang lain kena sebab ramai dah jadi mangsa ‘scammer’ ni sebab terpaksa membayar RM69 tu.
“Scammer itu siap ugut orang tua untuk bayar barang tersebut padahal memang tidak pernah beli pun,” kata @hawanis_.
Menurutnya lagi, dia juga pelik bagaimana ‘scammer’ tersebut mendapat data peribadinya sehingga nama, alamat dan nombor telefonnya tertera sebagai penerima di atas bungkusan berkenaan.
Lebih mengejutkan, bukan hanya dia sahaja menjadi mangsa penipuan, malah ramai juga tampil mendedahkan perkara sama apabila mereka terpaksa membayar sejumlah wang ketika penghantaran barang.
“Abah biasa kena, tiba-tiba sampai barang yang dia tidak pernah pesan. Hangus juga RM99,” ujar @faaaarrraaahhhhh.
Malah, rata-rata di ruangan komen berkata ‘scammer’ tersebut menggunakan kurier dan alamat penghantar yang berbeza-beza sebagai modus operandi mereka.
“Kes yang sama hari itu saya kena. Kedai yang sama ini caj RM69 ketika penghantaran. Hari itu saya kena RM184, dan alamat kedainya pun dah lain. Perlu beritahu ibu bapa masing-masing supaya jangan bayar langsung,” ujar @sffeaaa_. K Online
Scammer paksa terima, bayar barang tidak ketahui
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
You must be logged in to post a comment.