Rakan kabinet yang kekal setia walaupun digugurkan, jasa mereka tidak akan dilupakan – PM

PM Ismail Sabri berucap pada majlis perasmian Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08 hari ini. – Foto Bernama
Ismail Sabri berucap pada majlis perasmian Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08 hari ini. – Foto Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui berasa agak kecewa sebelum ini apabila ada rakan dalam kabinet beliau daripada Umno tidak dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib presiden Umno itu berkata biarpun tidak terpilih, ada dalam kalangan mereka masih kekal setia bersama parti dan bersedia memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

“Jasa mereka kita tidak akan lupa lebih-lebih lagi apabila mereka tak dapat bertanding, mereka tidak menentang parti.

“Saya sendiri pun berasa agak kecewa apabila rakan yang merupakan calon boleh menang dan berjasa kepada parti tidak dapat bertanding,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Projek Seksyen Selangau Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Selangau hari ini.

Empat menteri Kabinet Umno yang tidak dicalonkan semula ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Saddique.

Shahidan mengambil keputusan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional-PAS untuk mempertahan kerusi Parlimen Arau yang dimenanginya dalam PRU14.

Ditanya jika mereka yang tidak dicalonkan semula dan membuktikan kesetiaan kepada parti akan dilantik memegang peranan penting jika BN menang, Ismail Sabri berkata: “Beri kita kemenangan dulu dan kita akan buat keputusan selepas itu.”

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker