Lori treler dan lori balak bertembung, dua terkorban

BELURAN – Dua pemandu maut selepas treler yang dipandu mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, pada pagi Isnin.

Dalam kejadian pada jam 9.20 pagi itu, mangsa Ansar Sindrang, 35, dan Asri Alimin, 31, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sebuah treler yang membawa muatan kayu balak dalam perjalanan dari Tongod menghala ke Sandakan manakala sebuah lagi treler tanpa muatan pula datang dari Sandakan menghala ke Tongod.



“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang tanpa muatan cuba memintas sebuah kenderaan lain di hadapannya lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Tindakan pemandu itu menyebabkan treler berkenaan bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kayu balak dan akibat kejadian itu kedua-dua pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Kasim berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 90 kilometer.



“Terdapat dua mangsa terlibat membabitkan pemandu kedua-dua lori dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan pasukan bomba hanya menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari,” kata kenyataan PGO.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker