No surrender untuk kita, bring it on – Hishamuddin

#PRU15

No surrender untuk kita, bring it on – Hishamuddin

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyalahkan pembubaran Parlimen semasa banjir adalah tidak wajar.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini berikutan apabila dibubarkan Amirudin adalah antara individu pertama yang dicalonkan untuk bertanding (Gombak).

Katanya, beliau turut melihat dalam masa beberapa hari sahaja bendera telah siap dibeli dan hanya untuk dipasang sahaja.

“Jadi, dalam keadaan orang takut sangat nak pilihan raya, rupanya senyap-senyap telah buat persiapan.

“No retreat, no surrender untuk kita. Parlimen pun sudah dibubarkan, calon telah kita kenal, tinggal beberapa hari lagi. Bring it on,” katanya.

Terdahulu beliau bersama Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hadir karnival sukan bola sepak bersama masyarakat India di Padang Awam Bestari Jaya, di sini.

Hishammuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor bahawa banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu membuktikan tindakan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah silap.

Hishammuddin merupakan Menteri Pertahanan berkata, orang ramai sudah memahami sangat kempen Pakatan Harapan (PH) pada peringkat PRU14 dengan menanamkan kebencian.

Ujarnya, peluang telah diberikan, namun 22 tahun memerintah sebelum ini tidak memberikan sebarang makna.

“Sekarang PRU15 pun orang ramai boleh buat perbandingan siapa sepatutnya diberikan peluang.

“Saya tak kata kita (BN) perfect (sempurna), saya tahu ada ‘political fatigue’ dalam kalangan masyarakat, tetapi kesalahan juga mesti mereka (PH) pikul, kerana mereka berpolitik sejak PRU14.

“Isu PRU15 pun pasal banjir, undi tentera dan undi pos dipolitikkan. Dia sama dia pun tidak bersefahaman antara Rafizi dan Anwar. Orang pun dah penat,” jelasnya. K Online

No surrender untuk kita, bring it on – Hishamuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker