Mahu ‘sembelih orang bukan Islam, artis PAS Zul Huzaimy disiasat Polis

Polis membuka kertas siasatan ke atas pelakon Zul Huzaimy susulan kenyataan kontroversi yang disifatkan berbaur perkauman.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noorsiah Saaduddin, mengesahkan menerima laporan berhubung video ucapan pelakon berkenaan.

Menurutnya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.



“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kenyataan Zul mahu ‘menyembelih’ orang bukan Islam tular melalui rakaman video dalam satu program ceramah yang dikaitkan dengan PAS di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Pelakon Wayang itu malam tadi tampil memohon maaf malah mendakwa rakaman video berkenaan telah disunting untuk tujuan pihak tertentu.

Dia turut menafikan dirinya terlalu ekstrem dan hanya menujukan kenyataannya kepada “segelintir” orang bukan Islam yang didakwanya tidak membenarkan azan berkumandang.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker