Elak tertipu kajian propaganda musuh BN – Zahid

#PRU15

Elak tertipu kajian propaganda musuh BN – Zahid

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepada penyokong serta ahli parti agar tidak terpengaruh dakyah palsu musuh dengan apa yang didakwanya sebagai perang psikologi murahan melalui survei atau kajian yang dijalankan.

Katanya, tinjauan sedemikian tidak boleh dipercayai kerana saiz sampel yang kecil, atau dilakukan melalui panggilan telefon rambang yang membolehkan responden memberikan jawapan palsu atau tidak tepat.



“Misalnya Perikatan Nasional (PN) cuba bermain perang psikologi di media sosial seolah-olah mampu banyak kerusi.

“Banyak juga perang psikologi seperti melalui tik tok digunakan untuk mereka sampaikan dakyah palsu populariti mereka.

“Sedangkan untuk PN menang 25 kerusi seluruh negara adalah suatu yang mustahil berlaku dan kerana jumlah ahli sangat sedikit dan ada pula kerana tidak yakin dengan perjuangan PN, terdapat juga keluar dari Bersatu secara beramai-ramai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tidak jelas tinjauan atau kajian mana yang dimaksudkan oleh Zahid.



Tinjauan Merdeka Center yang dikeluarkan pada 4 Nov menunjukkan BN mengekori Pakatan Harapan dalam pilihan pengundi, manakala PN di tempat ketiga.

Kerajaan sementara pimpinan BN itu hanya memperoleh markah atau ‘approval rating’ sebanyak 31 peratus selepas pembubaran parlimen, dengan 60 peratus responden menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Menulis di Facebook, Zahid berkata, ahli BN diingatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang cuba memperkecilkan impak BN terhadap pilihan raya umum kali ini.

“Hakikatnya PN kini tidak lagi popular dan sudah ditolak oleh peringkat akar umbi rakyat di negara ini.



“Mereka sendiri dalam ketakutan. Beberapa parlimen seperti Pagoh, Larut, Bukit Gantang, Batang Serai, Masjid Tanah, Jeli, Hulu Terengganu, Mersing, Sabak Bernam, Tasik Gelugor adalah antara parlimen yang dikenal pasti akan berjaya dirampas kembali oleh BN kali ini,” katanya.

Akibat amat terdesak dan malu berdepan kekalahan tidak lama lagi, katanya, musuh BN terpaksa menggunakan taktik seumpama itu.

“Dapatan survei seumpama ini janganlah dipercayai bulat-bulat oleh rakyat. Hal ini kerana terdapat pengelola survei yang rapat dengan sesebuah parti politik tertentu, terdapat juga survei walaupun luaran tidak rapat dengan parti tertentu, namun ada mesra dengan pemimpin atau wakil pemimpin tertentu.

“Yang jelas penemuan survei tersebut hampir dekat dengan cita rasa pemimpin tertentu atau sesebuah parti tersebut,” katanya. Mk



Elak tertipu kajian propaganda musuh BN – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker