‘Lewat terima kertas undi pos pernah berlaku’

SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengakui isu pengundi luar negara lewat menerima kertas undi pos pernah berlaku sebelum ini disebabkan pelbagai faktor.

Jelas Abdul Aziz, antara punca berlakunya kelewatan tersebut ialah pengundi tidak mengemas kini alamat terbaharu mereka kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di negara yang didiami.

“Masalah sebegini jarang dialami pegawai atau kakitangan kedutaan atau pekerjaan kerajaan yang bertugas di luar negara kerana mereka mempunyai alamat tetap.



“Kebiasaannya isu lewat terima kertas undi pos bagi mereka yang tinggal di luar negara membabitkan pelajar atau mereka yang bekerja disebabkan mungkin tidak mengemas kini alamat semasa.

“Apabila mereka tidak memaklumkan kepada pejabat kedutaan mengenai alamat terbaharu ini inilah biasanya berlaku kelewatan mendapat kertas undi pos,” katanya kepada Sinar Ahad.Sinar Harian pada Sabtu melaporkan beberapa warganegara Malaysia yang berada di luar negara resah apabila mendakwa masih belum menerima kertas undi pos untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 

Sejak Jumaat trending di media sosial, pengundi luar negara masih tidak menerima kertas undi mereka, malah ada yang mendakwa hanya akan mendapat kertas undi pada 19 November.
Sejak Jumaat trending di media sosial, pengundi luar negara masih tidak menerima kertas undi mereka, malah ada yang mendakwa hanya akan mendapat kertas undi pada 19 November.

Lebih membimbangkan apabila ada antara mereka hanya akan menerima kertas undi itu pada 19 November iaitu tarikh hari mengundi.



Sehubungan itu, mereka menuntut SPR memberi penjelasan berhubung perkara tersebut agar dapat merungkai permasalahan berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan individu yang lewat menerima kertas undi pos tidak sempat mengundi, Abdul Aziz menjelaskan kertas undian itu perlu tiba di pusat penjumlahan undi mengikut tempoh ditetapkan iaitu selewat-lewatnya jam 5 petang 19 November.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker