Pelanggan sedang menjamu selera, anak tikus jatuh atas meja [VIDEO]

ANAK tikus itu dilihat masih bergerak di atas beg pelanggan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor anak tikus yang baru saja dilahirkan, terjatuh di atas meja makan ketika beberapa pelanggan sedang menjamu selera di sebuah restoran, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @benrame26.

Rakaman memaparkan situasi di sebuah restoran yang dibina berkonsepkan seni bina kayu yang kukuh.

Pelanggan tersebut pada awalnya dilihat sedang menikmati makanan yang dipesan.

Dia dan beberapa pelanggan lain terkejut apabila mendapati sesuatu terjatuh dari bumbung restoran ke atas beg yang diletakkan di atas meja makan. Setelah diperiksa, ia adalah seekor anak tikus yang masih merah.

“Semasa makan, seekor anak tikus terjatuh dari bumbung. Nasib baik tidak masuk pinggan. Ia masih bergerak, kesian. Kalau masuk dalam sup mesti terus masak,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jagalah dulu, mungkin sudah besar jadi haiwan peliharaan,” kata seorang netizen.

“Nasib baik atas beg, bukan dalam makanan,” kata netizen lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker