MB Kedah rujuk calon wanita BN sebagai ‘betina’ dibidas

 

SUNGAI PETANI: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor melakukan perbuatan tidak sopan apabila sanggup menggunakan perkataan ‘betina’ bagi merujuk kepada calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sik, Maizatulakmam Othman.

Pengarah Komunikasi BN (BNComms) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata,  perkataan itu langsung tidak sesuai untuk digunakan kerana ia acap kali digunakan kepada binatang.

“Itulah Menteri Besar kita dan saya fikir perbuatan itu merupakan sesuatu yang amat tidak sopan. Perkataan betina ini biasanya kita guna untuk binatang sedangkan kita manusia. Jadi, itu bagi saya memang tidak sopan,” katanya.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Merbok berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran ‘Tekad TokPon’ yang berkisar mengenai aku janji serta usaha akan dilaksanakannya jika memenangi kerusi tersebut di Taman Bandar Baru, di sini.

Menerusi klip video yang tular baru-baru ini, Muhammad Sanusi mengatakan UMNO memilih calon ‘betina’ di Sik walaupun terdapat lebih ramai ‘jantan’ dalam parti itu.

Sementara itu, mengulas tindakan Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd. Shahiful Mhd. Nasir yang menyatakan sesiapa mengundi BN dan Pakatan Harapan akan masuk neraka, Shaiful Hazizy berkata, beliau bukanlah seorang tok guru mahu pun ulama untuk memberikan komen berhubung perkara tersebut.

“Dalam Pas, banyak tok guru dan alim ulama, jadi, mereka semua boleh fikir. Ulama Pas boleh menilai adakah kenyataan sebegitu wajar atau tidak. Beliau sudah minta maaf, jadi apa lagi yang boleh dikatakan selain daripada itu. Tetapi jangan kerap sangat dan pada saya apabila sudah minta maaf, kita bergerak ke depanlah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyelesaian terhadap isu air yang sudah terlalu lama berlarutan di Parlimen itu menjadi antara intipati utama ‘manifesto’ Shaiful Hazizy untuk rakyat di kawasan itu yang merangkumi 10 dasar utama dirasakan mampu serta realistik untuk dilaksanakan.

Katanya, beliau berazam untuk melaksanakan kesemua 10 tekad tersebut sekiranya diberi peluang oleh pengundi di Merbok bagi mewakili mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Keutamaan tertinggi saya adalah untuk menyelesaikan masalah air. Isu ini seakan barah serta bencana buat rakyat Merbok dan boleh dianggap sebagai sesuatu yang kronik. Selain itu tekad saya ini turut merangkumi keperluan semua golongan terdiri daripada anak muda serta veteran.

“Tekad ini adalah ‘kitab suci’ saya yang akan direalisasikan alam tempoh lima tahun dan walaupun ia mungkin tak dapat menyelesaikan semua isu, tetapi saya percaya tekad ini mampu selesaikan banyak masalah serta keluh-kesah rakyat di Merbok,” katanya.

Mengulas peluangnya di situ, Shaiful Hazizy berkata, setakat ini, maklum balas diterimanya daripada pengundi cukup positif kerana melihat senario politik semasa di mana-mana kawasan sekali pun tiada parti atau calon berkelebihan ketara berbanding pesaing mereka.

“Ketika ini ahli-ahli parti sudah tentu mengundi untuk calon parti masing-masing tetapi pengundi atas pagar sebahagian besarnya masih belum membuat keputusan. Di Merbok ini ada 36,000 pengundi kali pertama dan jika mereka hendak menilai saya dari segala aspek boleh nilai seperti apa yang dipaparkan di media sosial saya,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker