PAS kata Shahidan anugerah Allah buat PN
PAS Perlis menganggap penyertaan Shahidan Kassim sebagai calon PN mengubah PRU ke-15 ini daripada biasa-biasa saja kepada sesuatu yang luar biasa.
Malah Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata apa yang berlaku itu mungkin “anugerah Allah” untuk perikatan terbabit.
“Pertamanya, saya ingat pilihan raya kali ini biasa saja, tetapi dengan penyertaan Shahidan saya tengok perkembangan khususnya di Arau nampak melonjak naik dan sesuatu yang luar biasa berlaku.
“Saya sendiri pun sebenarnya tidak menjangkakan suasana begini. Ini mungkin anugerah Allah kepada PN,” katanya kepada media ketika ditemui di Kangar, hari ini.
Pengerusi PN Perlis itu berkata demikian sebagai ketika diminta mengulas situasi kempen gabungan terbabit serta kesan daripada penyertaan Shahidan.
Situasi politik di Perlis menjadi tumpuan ramai selepas Shahidan yang juga menyandang ahli Parlimen Arau memilih bertanding dengan tiket PN apabila tidak dicalonkan BN.
Dia akan berdepan cabaran Rozabil Abd Rahman (BN) dan Fathin Amelina Fazlie (PH).
Tak bincang calon MB
Mohd Shukri yang juga penyandang Adun Sanglang berkata, perjalanan kempen PN di negeri itu berjalan dengan baik termasuk di kawasan yang sukar ditembusi PAS sebelum ini.
“Misalnya di kawasan Wang Kelian, pengalaman saya 30 tahun dalam PAS sebelum ini susah nak buka pusat daerah mengundi (PDM) di situ, amat mencabar.
“Kali ini apabila petugas kami turun ke Wang Kelian, sudah ada khemah yang siap dipasang. Ini petanda yang cukup baik.
“Begitu juga di tempat lain termasuk di kawasan Felda, jadi kita harap momentum ini berterusan dan bertahan hingga hari mengundi,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan Mohd Shukri berkata PAS Perlis tidak akan membincangkan isu calon menteri besar, sebaliknya mahu memastikan PN menguasai negeri itu terlebih dahulu.
Menurutnya, dia berterima kasih kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menyokong untuk wakil rakyat PAS dilantik menjadi menteri besar Perlis jika mereka berjaya merampas negeri itu daripada BN.
“Kita tunggu menang dulu, setakat ini tak bincang langsung. Selalunya calon menteri besar ini PAS pusat akan tentukan.
“Mungkin saya akan dibawa berbincang dengan pimpinan pusat untuk pilih calon menteri besar jika kita dapat menguasai negeri ini,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- BAS pelajar UPSI terbabas jatuh cerun bukit [VIDEO]
- GTA nampak tidak dapat sambutan sebab tiada duit untuk buat sepanduk dan bendera – Mahathir
- Suasana tegang apabila calon PH dan PN hampir ‘bercium’ di pasar malam [VIDEO]
- Hajiji bidas Muhyiddin, kami urus politik Sabah ikut cara ‘Sabah’
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]
Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang
Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.