Anwar ajak China bersama selesaikan konflik Palestin-Israel

Anwar ajak China bersama selesaikan konflik Palestin-Israel

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta China untuk bersama-sama membantu menghentikan segera konflik Palestin-Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu disampaikan ketika beliau menerima kunjungan hormat Naib Presiden China, Han Zheng di pejabatnya hari ini.



“Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Kami berdua turut menyentuh keperluan mengeratkan hubungan Malaysia dan China serta merancakkan pelaburan selain kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk industri halal,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Han Zheng mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula semalam hingga 11 November ini sempena ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia- China pada tahun ini.

Selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Naib Presiden China itu dijadual menghadiri Majlis Sembah Menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.



Han Zheng juga dijangka melawat Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak dan Pulau Pinang.

Sejak sedekad lalu, China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia iiaitu jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM487.13 bilion pada tahun 2022 menyaksikan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun 2021.

China juga merupakan pelabur langsung asing terbesar di negara ini bagi tahun 2022 dengan pelaburan berjumlah RM55.4 bilion. Utusan

Anwar ajak China bersama selesaikan konflik Palestin-Israel



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa



Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah



Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker