SPR ada kuasa hentikan PRU-15 jika berlaku banjir luar biasa – Ismail
#PRU15
SPR ada kuasa hentikan PRU-15 jika berlaku banjir luar biasa – Ismail
Jika banjir luar biasa berlaku, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada kuasa menghentikan proses Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kalau berlaku banjir yang besar sehingga tak membolehkan orang nak keluar dan sebagainya, maka saya kena berbincang dengan pihak SPR untuk mencari alternatif lain.
“Kalau SPR nak menghentikan pilihan raya, terserah kepada SPR. Pilihan raya ini adalah urusan SPR,” katanya yang juga calon Barisan Nasional bagi Parlimen Bera dalam sidang media selepas menghadiri kenduri rakyat dan menyantuni warga Bandar Kemayan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas berkenaan kenyataan Met Malaysia bahawa Monsun Timur Laut (MTL) akan berlaku lebih awal daripada jangkaan sebelum ini.
Namun, kata Ismail Sabri, kerajaan telah membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi kejadian banjir buruk terutama di Pahang.
Malah di Bera sendiri, pusat pemindahan mangsa banjir telah dibuka sejak Oktober tahun lalu dan telah bersedia dengan segala kemungkinan.
“Kita telah memberi tumpuan untuk persediaan banjir, sama ada dari segi pusat pemindahan banjir dan penambah baikan kawasan pemindahan mangsa banjir yang jadi hotspot banjir.
“Kita telah arahkan kawasan tersebut menyediakan kelengkapan lengkap, bilik air dan fasiliti selengkapnya,” katanya.
Jelas beliau, kuasa sebenar untuk menyelaras dan melaksanakan segala intervensi berkenaan banjir adalah tanggungjawab di peringkat negeri.
“Dan setiap daerah di negara ini Pusat Pengurusan Bencana setiap daerah telah dibentuk dan diketuai Pegawai Daerah,” tambahnya. MG
SPR ada kuasa hentikan PRU-15 jika berlaku banjir luar biasa – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah
You must be logged in to post a comment.