Salah Mahathir PH gagal – Anwar
#PRU15
Salah Mahathir PH gagal – Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim menyalahkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad atas kegagalan gabungan itu mentadbir negara selama 22 bulan.
Ketua pembangkang itu berkata, tiada perubahan yang dibawakan Mahathir ketika pemerintahan PH menyebabkan rakyat muak dengan janji yang ditaburkan.
“Semasa PH memerintah dahulu, siapa ketua? Siapa perdana menteri kalau bukan Tun Mahathir. Tanpa pentadbiran dan pemerintahan yang baik, negara tidak boleh bangkit.
“Rakyat susah, harga barang naik. Selepas itu, ganti pula dengan Muhyiddin (Yassin), lagi teruk. Rakyat nak makan pun tak cukup. Malah pada zaman beliau, kita pemegang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) paling lama. Dah tu, ganti dengan Ismail Sabri (Yaakob), dia pi tambah bilangan menteri pula.
“Mereka ini sebenarnya gagal ketika negara menjalani PKP. Bagaimanapun, bila mereka tidak boleh jawab (kenapa gagal), mereka bawa isu lain pula, tuduh Anwar, tuduh DAP, PH,” katanya menurut Sinar Harian.
Justeru, calon perdana menteri bagi PH itu berkata, negara perlu bangkit semula dengan meyakinkan pelabur luar untuk kembali melabur, sekali gus membaik pulih keadaan ekonomi negara.
“Saya akan bawa Malaysia kembali menjadi kuasa ekonomi dunia. Saya yakin kita boleh bangkitkan ekonomi rakyat. Pemerintahan kerajaan yang baik, tidak curi duit, akan membawa ekonomi negara kembali pulih.
“Pilihan raya bukan untuk tukar parti sebenarnya, tetapi niat besar kita adalah menyelamatkan Malaysia dan anak-anak kita. Cina, India, Kadazan, Melayu dan sebagainya, semua ‘part of our family’.”
Nota: Semua orang salah dia saja yang betul. Tak habis-habis menipu.
Salah Mahathir PH gagal – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.