Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
“Tak apalah, saya akan kerja kuat lagi untuk meyakinkan pengundi Rembau, kalau itu kata dia sebab dia lebih tahu tentang kawasan saya,” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau, berkata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli boleh berkata apa saja mengenai kedudukan Rembau dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Katanya, pihaknya tidak akan menghiraukan sebarang kenyataan daripada pemimpin terbabit.
“Saya jaga kawasan saya dan tidak hirau sesiapa. Kalau dia (Rafizi) kata saya dalam keadaan yang susah, saya kena kerja kuat lagi, saya ambil itu sebagai suatu cabaran,” katanya.
Beliau ditemui pemberita majlis bersama penduduk Kuala Sawah, di Dewan Persatuan Penduduk Kuala Sawah, Rantau, dekat sini, hari ini.
Mohamad diminta mengulas kenyataan Rafizi malam tadi bahawa PH mendahului di Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan dan mendakwa ada kejutan besar yang akan datang dari Negeri Sembilan.
“Daripada gaya sekarang, Negeri Sembilan sedang mendahului. Kalau ada kejutan besar, ia akan datang dari Negeri Sembilan…maka Tok Mat (Calon BN di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan) hati-hati kerana Rembau tidak selamat.)
“…Tok Mat (akan) kalah nanti di Rembau, kerana kita nampak ada peningkatan yang baik (dalam) sokongan untuk PH di Negeri Sembilan, lebih baik berbanding PRU14,” kata Rafizi pada satu ceramah.
Parlimen Rembau menyaksikan saingan lima penjuru membabitkan Mohd Nazree Mohd Yunus dari Perikatan Nasional (PN), Ramly Awaluddin (PEJUANG), Jufitri Johar (PH) dan S Tinagaran (PSM).
Sementara itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, berkata pelancaran manifesto BN oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan disiarkan secara maya dalam tempoh sehari dua ini.
Beliau berkata, rakaman mengenainya sudah dilakukan tempoh hari.
“Perkara itu (manifesto) akan disiarkan pada masa sesuai dalam tempoh sehari dua ini,” katanya. BH
Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)