Kempen secara santai, harmoni pilihan Ismail
#PRU15
Kempen secara santai, harmoni pilihan Ismail
Strategi kempen pilihan raya secara santai, harmoni dan tidak menyerang peribadi lawan menjadi fokus Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera mewakili Barisan Nasional (BN) berkata, pemikiran pengundi masa kini khususnya pengundi kali pertama adalah berbeza berbanding dahulu dan mereka lebih bijak serta matang dalam membuat keputusan.
“Bagi saya dengan pengundi baharu dan muda, pemikirannya sudah berbeza….mungkin mereka tak suka dengar serangan peribadi, serangan yang agak kurang tepat. Kita (berkempen) berdasarkan fakta, ini yang saya buat dan akan terus buat untuk kepentingan mereka (pengundi muda),” katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, di sini hari ini, Ismail Sabri berkata, apa yang penting adalah tumpuan untuk mengangkat dan ‘menjual’ produk sendiri berbanding kaedah memburukkan produk pihak lain.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan akan melaksanakan janji yang dibuat menerusi Bajet 2023 untuk kepentingan rakyat kerana sudah mempunyai dana yang telah ditetapkan.
Pada PRU15, Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera sejak 2004 berdepan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang yang bertanding atas tiket PKR dan Datuk Asmawi Harun daripada BERSATU yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Pada PRU14, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 2,311 undi menewaskan calon PKR, Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 18,499 undi, manakala calon PAS, Musaniff Ab Rahman memperoleh 8,096 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari mengundi PRU15, manakala 15 November adalah hari mengundi awal. BH
Kempen secara santai, harmoni pilihan Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.