Saya dah latih pengganti tapi parti buat keputusan lain – Wan Junaidi

#PRU15

Saya dah latih pengganti tapi parti buat keputusan lain – Wan Junaidi

Penyandang Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau sudah mempersiapkan penggantinya namun tidak membantah pemilihan calon lain untuk bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Wan Junaidi berkata, beliau melatih penggantinya itu untuk menjadi “seperti beliau” malah mencadangkan individu terbabit sebagai calon, menurut Bernama.



“Tetapi pada akhirnya, parti yang perlu membuat keputusan. Apabila parti tidak pakai (pilihan saya), saya tidak boleh membantah,” katanya hari ini.

Wan Junaidi yang mewakili kawasan berkenaan selama empat penggal diminta mengulas keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meletakkan Nancy Shukri bertanding di kerusi itu.

Beliau berkata, sebagai ahli parti beliau menerima keputusan dibuat presiden Abang Johari Openg berhubung pencalonan Nancy.

Wan Junaidi yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata tiada pihak memaksanya untuk tidak bertanding dalam PRU15 melainkan beliau sendiri.



Beliau menyifatkan pengundurannya turut membuka peluang kepada lebih ramai calon wanita daripada PBB untuk ditampilkan dalam PRU15 memandangkan pengganti Nancy di Batang Sadong juga merupakan calon wanita merujuk kepada Rodiyah Sapiee. FMT

Saya dah latih pengganti tapi parti buat keputusan lain – Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker