Penamaan Calon di Tenom kacau bilau, Polis lepaskan gas pemedih mata [VIDEO]

Gas pemedih mata dilepaskan di pusat penamaan calon di Tenom, Sabah hari ini ini.

Setakat jam 1.35 tengah hari, calon-calon bagi kawasan parlimen itu belum dinamakan.

Di kebanyakan tempat, calon-calon bertanding diumumkan sejurus selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Sebelum ini, tersebar video klip penyokong parti politik cuba merempuh masuk ke pusat penamaan, menyebabkan pihak polis melepaskan gas pemedih mata.

@hantubangkit88

Kekecohan Pencalonan berlaku di Parlimen P181, Tenom Sabah. Glamour lg Tenom d Malaysia. Hmmmm #gengsupportduet #sabahan #sabah #pru15 #tenom

♬ original sound – Mr. Ken Vun – Mr. Ken Vun

Sementara itu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Dewan DSP Antanom dan sedang menunggu laporan terperinci.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP (pesuruhjaya polis) Sabah,” dia dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Agensi berita nasional juga melaporkan, mereka difahamkan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Peter Anthony dari parti itu ditolak pegawai pengurus pilihan raya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker