‘Ingat 2018, kita hilang segala-galanya’, PRU-15 BN perlu bangkit – H20
KLUANG: Pembantu rumah dihalau keluar, khidmat pegawai keselamatan ditarik serta-merta antara layanan buruk diterima penyandang kerusi Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussien sebaik kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada malam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Ketua UMNO Bahagian Sembrong yang juga Menteri Kanan Pertahanan itu berkata, selama 22 bulan dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas itu, negara berada dalam ketidaktentuan.
Malah, katanya, kerajaan PH juga bertindak menangguhkan projek, pemimpin BN tidak dibenarkan menggunakan dewan untuk berjumpa dengan rakyat, selain dirinya turut diheret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.
“Saya sebut perkara ini kerana ingat 2018, di mana kita hilang segala-galanya, malam itu saya balik ke rumah, tak tentu masa depan saya sendiri, politik ‘down’.
“Pegawai keselamatan saya ditarik malam itu juga, pembantu rumah dihalau keluar dari rumah saya pada malam itu juga, esok paginya bangun, bersama-sama ‘big boss’ tanya nak buat apa, tak buat kerja menganggur.
“Balik ke Sembrong, berjumpa dengan Wanita, Puteri, tengok muka saya menangis ketika itu, ingat?” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Sembrong Pilihanraya Umum Ke-15 di Dewan Komuniti Terbuka Kota Paloh di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan ADUN Paloh, Lee Ting Han yang Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.
Hishamuddin berkata, kemudian kerajaan diketuai pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan beliau dilantik mengetuai Kementerian Luar selama sembilan bulan, sebelum kepimpinan kerajaan beralih kepada Perdana Menteri daripada BN.
“Selepas itu, kita beralih, kepada kerajaan di mana kita menumpang Perdana Menteri, pada ketika itu, saya diminta untuk memimpin Kementerian Luar, sembilan bulan sahaja.
“Sekarang, kita berada dalam ‘care taker government’ yang mana pemimpin kerajaan hari ini ialah PM kita, sebab itu dalam keadaan dalam masa tak sampai lima tahun, daripada masa dan ketika kita dah hilang akal nak buat macam mana.
“Tetapi berkat kesabaran, berkat pejuang setia kepada BN, berkat pemimpin kita yang tak pernah putus asa, akhirnya kita berdepan dengan PRU15 ini dalam keadaan jauh lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, segala-galanya akan ditentukan pada 19 November ini dan merayu supaya pengundi memilih BN.
“Sebab itu ujian kita hanya dalam dua minggu lagi segala-galanya akan ditentukan pada 19 November, dan saya merayu hati kecil saya memohon kepada jentera di Sembrong kalau sayang kepada Datuk Hisham dan Tengku Marsilla.
“Pastikan calon tunggal yang bertanding kali ini, pagi ini…Datuk Hisham yang mewakili jentera BN, menang dengan majoriti lebih besar,” katanya.
Pada PRU-14, Hishamuddin memenangi kerusi Parlimen Sembrong dengan majoriti 6,662 undi menewaskan calon Onn Abu Bakar mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau meraih 21,353 undi manakala Onn mendapat 14, 691 undi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.