PN sah calonkan Khlir di Ketereh, Annuar Musa umum setia bersama UMNO

 

Akhirnya dokumen yang dinanti sudah tiba. Penantian calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Ketereh berakhir malam ini – hanya kira-kira 12 jam sebelum dia mungkin berputih mata.

Menurut Khlir Mohd Nor dia dijadual menerima watikah untuk menjadi calon PN dalam satu majlis untuknya kira-kira jam 9 malam ini.

“Saya bersyukur kerana parti saya, Bersatu, memberi kepercayaan kepada saya, alhamdulillah.

“Terima kasih juga kepada kepimpinan PAS yang telah bersetuju untuk mencalonkan saya,”

Siang tadi Malaysiakini melaporkan bagaimana Khlir berasa dia seperti mahu dimalukan apabila masih tidak mendapat watikah untuk menjadi calon daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika orang lain sudah memilikinya.

Ia juga mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan penyandang kerusi itu – Annuar Musa – yang digugurkan BN akan menjadi pertaruhan PN.

Annuar yang juga bekas setiausaha agung Umno sebelum ini secara berkias menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak senang dengan keputusan kepemimpinan tertinggi Umno-BN yang memilih Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, sebagai penggantinya.

Marzuani juga merupakan ketua Puteri Umno Ketereh.

Spekulasi mengenai ‘penghijrahan’ beberapa tokoh kanan Umno itu turut dimarakkan oleh kenyataan Abdul Hadi di Rusila, Marang malam semalam.

Kata Abdul Hadi, selain Shahidan Kassim (Arau) dan Ismail Abd Muttalib (Maran) yang bersetuju bertanding sebagai calon PN, ada beberapa nama lain sedang menunggu masa diisytiharkan menyokong gabungan tersebut.

Petang tadi bagaimanapun Annuar memutuskan dia enggan menerima tawaran daripada parti lain untuk bertanding di kerusi Ketereh.

Sebaliknya dia mengumumkan untuk setia bersama Umno.

“Tetapi Khlir pun kawan saya, kenapa saya nak potong rezeki dia?

“Jadi saya beritahu kepada kawan-kawan serta parti yang nak bawa saya, jangan bergaduh sesama mereka, cukuplah Umno bergaduh sesama Umno kerana saya.

“Tak naklah saya begitu jadi nanti akhirnya saya menyebabkan banyak orang susah, lebih baik saya susah seorang,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker