Nik Abduh diam, bertafakur lepas parlimen bubar

Nik Abduh diam, bertafakur lepas parlimen bubar

Nik Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu memang dia yang membuat keputusan enggan mempertahankan kerusi parlimen Bachok, sekali gus menafikan dia diketepikan partinya.

Kata bekas ketua Pemuda PAS Pusat itu menyatakan kali pertama dia memberi gambaran untuk tidak mahu lagi dicalonkan ialah beberapa bulan lalu.



Pengumuman di Bachok itu, katanya, turut menyebabkan sebahagian jentera parti di situ berasa terkilan namun dia dapat memahaminya.

“Apabila parlimen dibubarkan, saya mengambil masa hampir dua minggu untuk diam dan bertafakur, memohon jawaban daripada Allah. Ia keputusan yang berat dan mestilah gagah.

“Apabila saya sudah tenang dan pasti, saya jumpa dan menyatakan hasrat kepada bonda saya. Syukur, bonda memahami dan akur. Tanpa izinnya, saya tidak akan melangkah lebih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Abduh merupakan salah seorang pemimpin yang popular dalam kalangan PAS dan pernah mengumpul undi tertinggi dalam pemilihan parti itu untuk penggal 2017-2019.



Bagaimanapun dalam pemilihan tahun lalu dia gagal mendapat undi mencukupi bagi menduduki jawatankuasa pusat PAS. Turut gagal ketika itu ialah bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Khairuddin Aman Razali.

Namun kedua-duanya dibawa masuk ke badan tersebut secara lantikan. Mk

Nik Abduh diam, bertafakur lepas parlimen bubar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker