Tian Chua sedia tanding di Batu

#PRU15

Tian Chua sedia tanding di Batu

Penyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, Tian Chua memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usahanya mempertahankan kerusi berkenaan, kata sumber yang rapat dengan bekas naib presiden PKR itu.

“Mereka meminta beliau kembali dan penyokongnya juga sudah sedia membantunya dalam kempen. Tian Chua adalah nama besar di Parlimen Batu.



“Jika pencalonannya tidak dibatalkan, beliau boleh memenangi kerusi itu,” kata sumber kepada FMT.

Satu lagi sumber yang rapat dengan kumpulan penyokong Tian Chua berkata, beliau akan menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika menang di kerusi itu.

Tian Chua menjadi ahli Parlimen Batu dari 2008 hingga 2018 tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu kerana pencalonannya dibatalkan pada hari penamaan calon.

Ketika dihubungi, Tian Chua tidak menafikan atau mengesahkan perkara itu dan hanya berkata, semuanya akan diketahui pada esok pagi (penamaan calon). FMT



BERITA LANJUT MENYUSUL

Tian Chua sedia tanding di Batu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker