Ketepi kepetingan peribadi, utamakan parti dan pastikan BN menang – Ismail Sabri

 

BERA – Ahli dan pemimpin BN khususnya UMNO hendaklah mengetepikan segala perbezaan serta masalah berbangkit berhubung keputusan calon yang dipilih untuk bertanding mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setiap perkara dan keputusan dibuat dengan pertimbangan untuk parti, justeru tugas setiap ahli parti adalah untuk bekerjasama dan saling menyokong bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya yang dihadapi.

“Setiap kali PRU (pilihan raya umum) atau PRN (pilihan raya negeri) dan PRK (pilihan raya kecil) akan berlaku dan timbul masalah (tidak setuju dengan calon pilihan parti) di bahagian atau Parlimen… itu biasa. Tidak semua (nama yang dicadang sebagai calon) akan bertanding (dipilih sebagai calon).

“Walaupun semua layak, tapi yang terpilih hanya seorang. Yang penting ialah sesiapa yang terpilih (menjadi calon) adalah mewakili BN dan kita sebagai ahli, tugasnya adalah untuk memastikan kemenangan parti,” kata Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO .

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Parlimen Bera, di sini pada Jumaat.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker