Jalan Sultan Azlan Shah ditutup esok beri laluan pada penamaan calon PRU15:

PETALING JAYA – Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur akan ditutup esok bagi melancarkan proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan Parlimen Batu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, penutupan jalan itu akan dilaksanakan bermula pukul 6 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Ia melibatkan kedua-dua hala melalui Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh) dari persimpangan Jalan Perhentian sehingga persimpangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.



“Laluan yang sama juga akan ditutup pada 19 November nanti sempena hari mengundi bermula pukul 6 pagi sehingga 11.59 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peta laluan terlibat.

Tambahnya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Hari penamaan calon PRU15 yang ditetapkan pada 5 November iatu esok akan berlangsung serentak di seluruh negara membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker