Hospital Bera ‘hadiah’ PM buat kami – Penduduk
Hospital Bera ‘hadiah’ PM buat kami – Penduduk
BERA – Penduduk di kawasan ini bersyukur apabila Hospital Bera yang mula beroperasi sejak 1 Julai lalu selepas tertangguh bertahun-tahun memberi 1,001 rahmat buat mereka kerana dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang daripada mendapatkan rawatan di tempat lain.
Sejak beroperasi, hospital itu tidak pernah sunyi dari dikunjungi pesakit yang datang tanpa mengira masa.
Pembinaan Hospital Bera yang mengambil masa lebih 10 tahun untuk siap menerima pelbagai kecaman berikutan sering terbengkalai akibat kegagalan kontraktor.
Namun kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera berjaya mempercepatkan proses pembinaan hospital berkenaan sekali gus membolehkan ia beroperasi.
Seorang penduduk, Abd. Latif Kamal Basah, 34, dari Felda Kumai di sini berkata, beliau amat teruja apabila Hospital Bera yang dinantikan itu akhirnya menjadi realiti.
“Terlalu lama kami menunggu hospital ini siap, asyik terbengkalai disebabkan masalah kontraktor tetapi oleh kerana ada campur tangan Perdana Menteri, hospital ini akhirnya berjaya beroperasi.
“Selepas ini tiada lagi isu berbangkit berkaitan hospital ini, kami boleh berbangga yang kini Bera mempunyai hospital sendiri,” katanya di sini semalam.
Pembinaan Hospital Bera diluluskan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dengan peruntukan kos sebanyak RM92.5 juta di atas tanah seluas 13.35 hektar di yang dilengkapi dengan 40 buah katil.
Dalam pada itu, seorang penduduk, Norjalina Wahid, 39, berkata, fasiliti di hospital itu amat memuaskan dengan pelbagai infrastruktur teknologi moden yang diguna pakai seperti sistem robotik dan ‘cashless’.
“Dengan adanya hospital berdekatan, kami tidak perlu ke hospital lain, itu yang penting, kami tidak lagi buang masa dan pesakit boleh menerima rawatan lebih cepat.
“Sebelum ini penduduk setempat yang sakit terpaksa menempuh perjalanan sejauh 32 hingga 52 kilometer di hospital-hospital yang berdekatan seperti Hospital Temerloh dan Hospital Jempol,” ujarnya.
Menurutnya, meskipun baru beberapa bahagian di hospital itu beroperasi, dia berharap, bahagian lain dapat dibuka selewat-lewatnya awal tahun.
Sementara Azizah Ahmad, 45, turut mengakui pembukaan Hospital Bera memberikan kemudahan kepadanya sekeluarga.
Katanya, dia telah beberapa kali membawa anaknya ke Unit Kecemasan berikutan diserang sesak nafas dan perkhidmatan yang diberikan sangat oleh para petugas kesihatan sangat cekap dan cepat.
“Alhamdulillah sudah lebih tiga kali saya bawa anak ke hospital bagi mendapat rawatan, setakat ini perkhidmatan yang disediakan sangat memuaskan hati, termasuk para petugas kesihatan yang ramah melayan pesakit,” ujarnya. K Online
Hospital Bera ‘hadiah’ PM buat kami – Penduduk
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.