Arrif Akan Pastikan Padang Rengas Kekal Milik BN
#PRU15
Arrif Akan Pastikan Padang Rengas Kekal Milik BN
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas, Datuk Mohd Arrif Abdul Majid menzahirkan kesyukuran kerana telah diberikan kepercayaan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menggalas tanggungjawab mempertahankan Parlimen tersebut.
Sehubungan itu katanya, beliau akan cuba melakukan yang terbaik dengan amanat yang diberikan oleh kepimpinan parti.
“Syukur Alhamdulillah kerana telah diberikan kepercayaan oleh kepimpinan parti terutamanya Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi calon Parlimen Padang Rengas.
“Ini adalah satu tanggungjawab yang bukannya mudah dan ianya amat berat iaitu perlu menang di kerusi ini. Insya-Allah… saya cuba melakukan dengan sebaik-baiknya untuk memberi satu kerusi kepada BN bagi membentuk kerajaan di Putrajaya,” katanya kepada UMNO Online.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak mengharapkan seluruh pengundi di Parlimen Padang Rengas dapat mengundi BN kerana hanya parti ini yang boleh berikan khidmat terbaik untuk rakyat.
“Rakyat perlu memilih BN pada PRU ke 15 ini kerana selama pentadbirannya telah terbukti hanya parti ini yang mampu memberikan khidmat yang terbaik pada negara.
“BN akan cuba dengan sebaik-baiknya menerajui negara demi kestabilan dan kemakmuran,” ujarnya.
Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sementara tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022. – UMNO Online
Arrif Akan Pastikan Padang Rengas Kekal Milik BN
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin