Calon PH Sungai Buloh menghilangkan diri

#PRU15

Calon PH Sungai Buloh menghilangkan diri

Calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan menghilangkan diri sebaik sahaja menghadiri majlis pengenalan calon.

Timbalan Ketua Penerangan I dipercayai bergegas pulang ketika Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan sidang media selepas majlis tersebut.

Walaupun Ramanan hadir, malah sempat naik ke pentas untuk sesi pengenalan 22 calon Parlimen PH dan bergambar di hadapan kira-kira 500 jentera parti, namun kelibatnya gagal dikesan dan dipercayai mengelak daripada petugas media

Ia susulan keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membincangkan semula kedudukan Ramanan di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Keputusan PKR itu dibuat selepas Barisan Nasional (BN) menamakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai calonnya di kerusi Parlimen Sungai Buloh, pada Selasa.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli memaklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, langkah itu diambil susulan daripada maklum balas diterima daripada pengundi di kawasan tersebut.

Jumaat lepas, PKR mengumumkan bahawa parti itu akan meletakkan Ramanan sebagai calon di Parlimen Sungai Buloh bagi menggantikan penyandangnya R Sivarasa.

Pada masa sama, BN pada Selasa mengumumkan gabungan itu meletakkan Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan untuk bersaing di kerusi Parlimen sama. MG

Calon PH Sungai Buloh menghilangkan diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker