Saya tidak datang ke Sungai Buloh untuk kalah – Khairy

#PRU15

Saya tidak datang ke Sungai Buloh untuk kalah – Khairy

Meskipun menjadi calon underdog di Sungai Buloh namun Khairy Jamaluddin nekad memastikan Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah di Parlimen tersebut buat kali keempat pada pilihan raya kali ini.

Mengakui Sungai Buloh merupakan kerusi yang ‘gelap gelita’ dan tidak selamat untuknya namun Khairy bertekad untuk memenangi Parlimen itu untuk memastikan kawasan ini tidak lagi dipinggirkan pada masa akan datang.



“Bukan senang saya nak datang sini, saya terpaksa berusaha. Kalau saya buat kerja, sangat banyak. Saya tidak datang ke sini untuk kalah walaupun saya tahu kita kalah lebih 20,000 majoriti undi di sini sebelum ini.

”Tidak ada siapa nak masuk kandang naga. Tapi kali ini kita mesti menang. Tiga kali berturut-turut kita kalah kali ini saya datang dengan harapan.

“Saya juga datang sebab ini kawasan bandar. Saya tidak mahu kawasan-kawasan bandar tidak menjadi kawasan tumpuan semasa di bawah pimpinan BN,” ketika hadir Majlis perjumpaan bersama jentera BN Sungai Buloh di pejabat UMNO Bahagian Sungai Buloh.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, parti ini perlu berani untuk bertanding kawasan bandar termasuklah Sungai Buloh demi memastikan BN kembali menjadi kerajaan yang stabil.



“Saya mahu UMNO-BN berani dan mampu menawarkan khidmat kita di kawasan bandar kalau semua pemimpin UMNO-BN pergi ke kawasan selamat, tidak ada siapa datang sini untuk lawan di kawasan bandar.

“Bila begitu, selama-lamanyalah kita jadi parti luar bandar, tidak salah tapi apa akan jadi dengan bandar. Sebab 77 peratus penghijrahan dari luar bandar ke bandar di Malaysia,” jelas beliau,

Menyedari kehadirannya di Sungai Buloh bakal memanaskan kerusi berkenaan, Khairy tidak mahu kehadirannya sekadar bertanding.

Sebaliknya Khairy komited akan bekerja keras bersama jentera sehingga hari pengundian kelak.



“Kita jangan jadi penumpang dalam BN. Jangan jadi pelengkap hanya letak calon sahaja, kita hadir untuk menang bukan untuk bertanding semata-mata,” tambah beliau yang kali pertama turun berjumpa dengan jentera selepas namanya diumumkan semalam.

Ketibaannya pada 8.30 malam tadi disambut meriah dengan sorakan oleh para petugas jentera yang memenuhi perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Sungai Buloh.

Menggunakan slogan Kita Jaga Sungai Buloh (KJ Sg Buloh), Menteri Kesihatan itu berkata, beliau akan mengumumkan manifesto khusus untuk Parlimen itu minggu depan.

Antara yang akan disentuhnya adalah aspek pendidikan dan kebajikan pengundi di kawasan berkenaan.



Khairy menegaskan tidak akan menjanjikan perkara-perkara yang tidak akan dilakukannya seperti pemansuhan tol.

“Jangan minta saya janji hapuskan tol, saya hanya buat janji yang masuk akal sahaja. Saya tidak akan menipu pengundi Sungai Buloh,” tambah beliau. MG

Saya tidak datang ke Sungai Buloh untuk kalah – Khairy


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker