Tayar lori hempap kereta

Tayar lori hempap kereta

KEADAAN kereta rosak teruk akibat dihentam tayar lori di Lebuhraya Elite, Selangor. FOTO ihsan Pembaca
Sepang: Seorang lelaki berhadapan detik cemas apabila kereta dipandunya dihempap tayar lori yang tercabut dalam kejadian di Kilometer 27.2 Lebuhraya Elite menghala Utara dekat sini semalam.

Dalam kejadian 1.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun yang memandu kereta Perodua Aruz mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung dan mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata kejadian berlaku apabila tayar lori jenis Hino yang dipandu lelaki berusia 30 tahun tercabut di bahagian sebelah kiri manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.



Menurutnya, siasatan awal mendapati lori itu dari arah Linggi, Negeri Sembilan menuju ke Ipoh dan setiba di tempat kejadian pemandu mendengar bunyi pada lori lalu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan sebelum melihat tayar tercabut dan menghempap kereta berkenaan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan dan isteri mangsa memaklumkan suaminya pulang ke rumah di Kundang, Rawang, Selangor selepas menerima rawatan.

“Kenderaan yang terbabit kemalangan dibawa ke IPD Sepang untuk pemeriksaan”.

“Polis merayu saksi kejadian untuk tampil membantu memberi maklumat dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987,”katanya. HM



Tayar lori hempap kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker