Nasib Shahidan dengan adik

#PRU15

Nasib Shahidan dengan adik

Berbeza dengan nasib Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang digugurkan daripada pencalonan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), adik beliau sebaliknya dikekal untuk bersaing mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang yang disandangnya.

Datuk Ismail Kassim ialah antara 10 penyandang dipertaruhkan sebagai calon bersama lima lagi muka baharu yang bakal membawa cabaran BN bertanding di 15 kerusi DUN di Perlis pada pilihan raya kali ini.



Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata calon muka baharu ditampilkan untuk berebut kerusi DUN Pauh, Indera Kayangan, Sena, Kuala Perlis dan Sanglang.

“Kebanyakan penyandang kerusi DUN yang terdiri daripada barisan EXCO Perlis sebelum ini pula dikekalkan bertanding di kawasan sama, kecuali Rozieana Ahmad yang berpindah dari DUN Pauh ke DUN Guar Sanji

“Secara keseluruhan, 44 peratus termasuk kerusi Parlimen adalah dibarisi calon muda yang dilihat memiliki kriteria dikehendaki BN Pusat,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon BN Perlis di Kompleks DUN Perlis, di sini, malam tadi.

Azlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis dan Ketua UMNO Bahagian Kangar memaklumkan, beliau akan turut mempertahankan kerusi DUN Bintong pada PRU15. BH



Nasib Shahidan dengan adik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker