Fad Bocey kemalangan, hentakan di kepala dan cedera beberapa anggota badan

Fad Bocey kemalangan, hentakan di kepala dan cedera beberapa anggota badan

Pelakon dan pelawak, Fad Bocey terbabit dalam kemalangan jalan raya membabitkan motosikal jenis skuter yang dinaikinya.

Menerusi hantaran di Instagram isterinya, Syaheera Rahman, Fad dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di, Shah Alam untuk dirawat di Unit Dependensi Tinggi (HDU) semalam.



“Buat masa sekarang, Fad perlu dipantau di HDU sebab ada hentakan di bahagian kepala untuk pastikan semuanya bagus.

“Sebabnya, semasa di tempat kejadian, dia muntah. Tapi, Alhamdulillah, dia kuat. Terima kasih yang mendoakan. Semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT,” tulisnya.

Syaheera juga turut berkongsi foto bahagian kaki Fad yang cedera dan beberapa rakan mereka juga turut berkongsi foto keadaan skuter yang rosak di beberapa bahagian.

Harian Metro cuba menghubungi Fad dan pengurusnya untuk mendapatkan maklumat lanjut, namun, masih belum menerima sebarang maklum balas.



Turut kelihatan memberikan bantuan di tempat kejadian adalah sahabatnya yang juga pelawak, Achey Bocey. HM

Fad Bocey kemalangan, hentakan di kepala dan cedera beberapa anggota badan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir



Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker