Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu

#PRU15

Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bertegas bahawa Pakatan Harapan tidak perlu bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang untuk meraih sokongan orang Melayu.

Bertentangan dengan persepsi popular, Rafizi mendakwa berdasarkan datanya bekas perdana menteri itu tidak membawa undi Melayu untuk gabungan itu pada pilihan raya sebelum ini.



“(Ketika itu) dirasakan Mahathir boleh membawa sokongan Melayu dan saya menjejaki jumlah itu setiap bulan sejak 2016.

“Tiada apa-apa yang mencadangkan Mahathir bersama-sama PH (pada PRU14) telah membawa gelombang sokongan Melayu (untuk PH),” dakwa Rafizi kepada Malaysiakini dalam temu bual di ibu pejabat PKR baru-baru ini.

Angka sokongan Melayu kepada PH, dakwa Rafizi kekal tidak berubah selama beberapa bulan selepas Mahathir dan Bersatu menyertai gabungan itu pada 2016.

Ia hanya mula meningkat menjelang akhir 2017, katanya.



“Tetapi kami benar-benar mula melihat perubahan itu hanya dalam tiga minggu terakhir pilihan raya, jadi ia sebenarnya bukan mengenai Mahathir atau sesiapa.

“Ia adalah kerja terkumpul selama dua hingga tiga dekad untuk meyakinkan orang ramai bahawa boleh ada kerajaan yang lebih baik dengan rancangan yang lebih baik untuk negara,” kata Rafizi.

Bekas ahli parlimen Pandan itu menegaskan bahawa jelas daripada prestasi pakatan pembangkang sepanjang pilihan raya umum sebelum ini bahawa rakyat semakin tertarik kepada mereka.

Mahathir cukup bijak untuk menyedari potensi PH pada masa itu, katanya.



“Mahathir adalah ahli politik yang berpengalaman. Dia tahu mengenai perkara yang berlaku, terutamanya selepas 2013 apabila Pakatan Rakyat memenangi undi popular, ia cuma menunggu masa sebelum mereka ini (pembangkang) menolak dan melepasi garisan itu.”

Walaupun dia tidak menentang idea untuk menjadi inklusif, Rafizi berkata dia sentiasa menentang cadangan Bersatu untuk menyertai PH sejak awal lagi.

Rafizi berkata Bersatu tidak sesuai dengan imej PH.

Justeru, ketika ditanya jika ada peluang atau keperluan untuk PH bekerjasama dengan Mahathir sekali lagi pada PRU15, Rafizi memberikan jawapan yang jelas “tidak.”



Ini selepas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata dia berasa hairan dengan keputusan PH enggan bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Khalid berkata Amanah berpendirian parti pembangkang seharusnya bekerjasama dalam menghadapi PRU15 pada 19 Nov ini.

“Seperti yang kita tahu, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad telah mohon untuk bertemu PH, tapi malangnya, pimpinan PH memutuskan untuk tidak meneruskannya.

“Apa yang saya tak faham, terdapat penolakan yang kuat terutamanya daripada PKR.



“Amanah sentiasa berpendirian bahawa pembangkang perlu bersatu supaya kita dapat memaksimumkan kerjasama dengan semua parti pembangkang,” katanya pada 23 Oktober lalu. Mk

Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker