Naib Presiden Bersatu Rafiq bakal keluar parti, Peja pujuk nanti dulu
Timbalan Presiden Bersatu Peja cuba memujuk naib presidennya Mohd Rafiq Naizamohideen supaya meletakkan perjuangan parti mengatasi segala-galanya susulan spekulasi bekas Adun Paya Rumput itu merancang untuk keluar parti.
Ahmad Faizal bagaimanapun menjelaskan dia hanya mengetahui khabar angin tersebut melalui laporan media mengenai perkara itu dan Mohd Rafiq tidak menghubungi.
“Saya tidak pasti sama ada ia benar. Saya memang sibuk hari ini dan saya tidak sempat menyemak telefon saya.
“Sekiranya dia menghubungi saya, saya akan nasihatkan supaya fokus kepada ahli dan rakyat, bukan diri sendiri.
“Apa jua kesusahan yang kita hadapi, jangan buat sebarang keputusan drastik,” katanya kepada media selepas menghadiri program Senyum anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Mini Manjoi, Ipoh, petang semalam.
Mohd Rafiq (gambar, atas) dilaporkan akan mengadakan akhbar hari ini susulan khabar angin berkenaan.
Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan butiran lanjut apabila ditanya.
“Saya tidak boleh memberitahu perkara itu, tunggu esok,” katanya, lapor Astro Awani semalam.
Spekulasi bertiup kencang mengenai kemungkinan Mohd Rafiq akan keluar daripada Bersatu selepas dikatakan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Tangga Batu pada PRU ke-15 nanti, walaupun pengumuman rasmi oleh Perikatan Nasional (PN) belum dibuat.
Ia selepas PAS Melaka mengesahkan parti itu akan bertanding di kerusi tersebut serta kawasan Parlimen Jasin.
Timbalan Pengerusi PN Bahagian Jasin Kamarudin Sidek berkata keputusan itu telah dimuktamadkan pada mesyuarat majlis presiden gabungan itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin pada Khamis.
Sementara itu Ahmad Faizal yang juga pengerusi PN Perak memberi bayangan PN negeri itu akan mengumumkan senarai calonnya sama ada pada 2 atau 3 Nov.
“Kita telah membuat keputusan, saya akan membuat pengumuman apabila tiba masanya. Kita akan mengumumkannya serentak.
“Kita sedang fiikirkan mungkin 2 atau 3 Nov, insya-Allah,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada Siapa Akan Selamat Bila Kerajaan PH Pilih Anda Jadi Mangsa
- Hadi boleh dikalahkan, dah terbukti – Rahman
- Tepukan gemuruh di Tambun tapi adakah ‘nyanyian’ Anwar ikut rentak?
- Umno takkan ulangi kesilapan pilih calon ‘besar kepala’
- Menari sakan, Sweet Qismina kena kecam dengan netizen (Video)
- Tiong Lai tak goyang berdepan Rara, Wong Tack di Bentong
- ‘Dia letak saja borang, keahlian terlucut’ – DAP bagi amaran
- Mujahid saman PAS
- PAS mahu tipu siapa? Kedah guna lambang PN, Kelantan dan Terengganu lambang PAS
- Undi Pas Terengganu berpecah, BN untung – Ahmad Said
- Mahathir tersepit, selepas Anwar kini Muhyiddin pula tolak kerjasama
- Man Kidal diisytihar muflis
- Tommy Thomas mengelabah, mohon mahkamah batalkan laporan pasukan petugas khas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.