Tian Chua kecewa dengan PKR

 

Reaksi dan sentimen pengundi tidak sepatutnya diabaikan oleh PKR terutama pada musim pilihan raya, kata bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Chua berkata demikian selepas PKR mengumumkan barisannya calonnya bagi PIlihan Raya Umum Ke-15 di Ampang, malam tadi.



“Memandangkan saya bukan lagi sebahagian kepimpinan parti pada masa ini, saya tidak tahu proses terperinci mengenai pemilihan calon. Sudah tentu, pemilihan ini tidak akan memuaskan hati semua orang. Ia boleh difahami,” katanya.

“Bagaimanapun, saya rasa senarai calon sepatutnya lebih inklusif bagi menggambarkan kepelbagaian dalam parti,” tambah Chua dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya pagi ini.

Pada majlis pengumuman calon malam tadi, penyandang ahli parlimen Batu, R Prabakaran dikekalkan sebagai calon bagi kerusi parlimen itu, yang mana turut diintai Chua.

Ramai kecewa dengan pemilihan calon



Menurut Chua, ramai yang “kecewa” dengan pemilihan beberapa calon.

“Selepas pengumuman, ramai orang kecewa dengan sesetengah pemilihan calon.

“Saya ingin mengingatkan semua calon bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk bersuara di kawasan mereka dan mewakili kepentingan pengundi. Jangan menganggap pengundi di kawasan itu sebagai tiket ke parlimen (atau kuasa).

“Ahli Parlimen bukan kelas istimewa, tetapi hamba rakyat. Sebagai ahli parlimen, kita hidup dalam kalangan pengundi dan masyarakat adalah sebahagian daripada kehidupan kita,” katanya.



Chua berkata, salah satu kriteria untuk memilih calon adalah keupayaan untuk membina hubungan yang kukuh dengan kawasan pilihan raya.

Kualiti ini perlahan-lahan berkurangan di kalangan wakil rakyat hari ini, katanya.

“Apabila ahli parlimen dan kerusi dirombak seperti bermain terup, ia bukan sahaja merugikan akar umbi parti, malah mengecewakan pengundi yang setia menyokong kita.

“Ketika kita bergerak untuk menyerang pihak lawan, kita juga mesti berjaga-jaga agar tidak kehilangan kubu kita,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker