Lelaki Malaysia dipenjara 3 tahun menyamar pakar sakit puan, kumpul gambar lucah wanita

 

SINGAPURA – Seorang lelaki warganegara Malaysia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan oleh mahkamah Singapura selepas didapati bersalah menyamar sebagai pakar sakit puan di laman Facebook untuk mendapatkan gambar lucah wanita, lapor laman berita Wion News semalam.

Tertuduh, Ooi Chuen Wei, 37, didapati bersalah kerana menipu identiti  dengan tujuan mendapatkan maklumat mengenai alat sulit dan aktiviti seksual mangsa.



Dia menggunakan gambar  seorang wanita Malaysia secara rawak sebagai imej profilnya. Chuen Wei juga menambah rakan Facebook lelaki dan wanita dan mencipta profil Instagram dan LinkedIn menggunakan nama sama supaya akaunnya kelihatan tulen.

Dia menyasarkan mangsa dan menghantar mesej memperkenalkan diri sebagai Dr Lee sebelum menawarkan untuk berkongsi pelan perubatan untuk perundingan bulanan.

Dia kemudian akan meminta mangsa menghantar video untuk membolehkannya membuat diagnosis mengenai sebarang masalah kesihatan dengan alasan rujukan sebelum memberikan pelan rawatan kepada mereka.

Dalam tempoh empat tahun, tertuduh memperdaya 38 wanita dan menerima hampir 1,000 gambar serta video lucah sebagai balasan.



Kesalahan itu terbongkar Julai lalu apabila seorang wanita yang semakin curiga terhadap tingkah laku Chuen Wei, membuat aduan kepada polis.

Polis kemudian menyerbu rumah suspek dan merampas perantinya. Semasa siasatan dan soal siasat oleh polis, dia mengaku melakukan jenayah tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker