Kekayaan Mark Zuckerberg susut RM472 bilion dalam tempoh setahun
WASHINGTON – Kekayaan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg sekali lagi merosot sebanyak AS$11 bilion (RM51 bilion), menjadikan jumlah kerugian terkumpul beliau lebih AS$100 bilion (RM472 bilion) dalam tempoh setahun, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Meta melaporkan penurunan pendapatan pada suku kewangan kedua berturut-turut minggu ini.
Syarikat itu bergelut untuk kekal sebagai gergasi media sosial teratas selepas menyalurkan pelaburan sebanyak AS$70 bilion (RM330 bilion) ke dalam Metaverse. Platform dunia maya itu bagaimanapun menjadi bahan ejekan dan gagal menarik pengguna.
Keputusan lemah dua suku kewangan itu menimbulkan persoalan baharu tentang rancangan Meta untuk melabur lebih banyak wang, sekurang-kurangnya AS$10 bilion (RM47 bilion) setahun ke dalam Metaverse.
Ini kerana, pelabur-pelabur mula meragui pertumbuhan keuntungan platform maya itu.
Syarikat itu juga menyaksikan pendapatan pengiklanannya merosot kerana berdepan persaingan daripada aplikasi video TikTok yang sangat popular.
Laporan kewangan tahunan daripada Meta Platforms Inc. menyebabkan sahamnya jatuh 19 peratus dalam dagangan selepas waktu kerja pada Rabu lalu kepada AS$105.20 (RM496.65).
Meta dan Zuckerberg juga memberi bayangan akan ada kejatuhan lagi dalam jualan pada suku kewangan semasa sekali gus mengesahkan penurunan itu akan menjadi trend dan bukan lagi satu anomali. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada Siapa Akan Selamat Bila Kerajaan PH Pilih Anda Jadi Mangsa
- Hadi boleh dikalahkan, dah terbukti – Rahman
- Tepukan gemuruh di Tambun tapi adakah ‘nyanyian’ Anwar ikut rentak?
- Umno takkan ulangi kesilapan pilih calon ‘besar kepala’
- Menari sakan, Sweet Qismina kena kecam dengan netizen (Video)
- Tiong Lai tak goyang berdepan Rara, Wong Tack di Bentong
- ‘Dia letak saja borang, keahlian terlucut’ – DAP bagi amaran
- Mujahid saman PAS
- PAS mahu tipu siapa? Kedah guna lambang PN, Kelantan dan Terengganu lambang PAS
- Undi Pas Terengganu berpecah, BN untung – Ahmad Said
- Mahathir tersepit, selepas Anwar kini Muhyiddin pula tolak kerjasama
- Man Kidal diisytihar muflis
- Tommy Thomas mengelabah, mohon mahkamah batalkan laporan pasukan petugas khas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET