Syed Saddiq diarah bela diri
Tuduhan subahat pecah amanah, ubah wang haram
Syed Saddiq diarah bela diri
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan membela diri atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan wang dan pengubahan wang haram.
Hakim Azhar Abdul Hamid berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas menteri belia dan sukan itu.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan bekas penolong bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali dalam pecah amanah jenayah membabitkan RM1 juta di CIMB Bank Bhd, Jalan Stesen Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.
Dia juga didakwa menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun bank milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk dirinya sendiri dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Bhd Taman Pandan Jaya, di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Presiden Muda itu, yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, turut berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dua transaksi masing-masing RM50,000, di dalam akaun Maybank Islamic Bhd ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018. FMT
BERITA LANJUT MENYUSUL
Syed Saddiq diarah bela diri
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
You must be logged in to post a comment.