Petani terkejut 10 gajah depan rumah

Petani terkejut 10 gajah depan rumah

KUALA BERANG: “Ingatkan babi yang merayau di halaman rumah namun sebaik membuka tingkap saya terkejut apabila sekumpulan gajah berada di hadapan rumah,” kata Suriati Kassim, 40, dari Kampung Basung, dekat sini.

Menurutnya, dia menyedari kehadiran sekumpulan lebih 10 ekor gajah jam 3.30 pagi kelmarin apabila membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku apabila terdengar bunyi sesuatu di hadapan rumahnya.



Sebelum ini kumpulan gajah liar hanya berada di pinggir kampung namun sejak kebelakangan ini haiwan terbabit sudah mula menghampiri kawasan kediaman.

“Kami penduduk bimbang dengan keselamatan kerana gajah bukan saja merosakkan tanaman penduduk malah berkeliaran di kawasan kediaman pada waktu malam,” katanya.

Jirannya, Azri Mamat, 39, berkata, kehadiran sekumpulan gajah liar disedari penduduk sejak dua bulan lalu namun kumpulan gajah itu hanya berada di pinggir kampung.

Menurutnya, kawasan rumahnya turut didatangi ‘tetamu tidak diundang’ itu dan kehadiran haiwan terbabit turut merosakkan tanaman pisang dan kelapa yang ditanam di perkarangan rumahnya.



“Masalah gajah dan penduduk ini sudah dua bulan berlarutan dan gajah terbabit kini mula memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan.

“Saya amat berharap pihak berwajib dapat mengatasi masalah ini kerana membabitkan keselamatan nyawa penduduk di tiga kampung yang dianggarkan seramai 1,200 orang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan operasi untuk menangkap gajah berkenaan.

“Kami meminta penduduk bersabar dan tidak mengganggu haiwan terbabit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. BH



Petani terkejut 10 gajah depan rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker