2 pelajar kolej jururawat maut kemalangan

2 pelajar kolej jururawat maut kemalangan

CHUKAI: Dua pelajar kolej kejururawatan maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 145, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat kawasan Perindustrian Telok Kalong, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.37 petang, Muhammad Ilman Waiz Ahmad Wazi, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Amirul Adli Mohd Anuar, 18, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman, kira-kira jam 3 petang.

Seorang lari rakan mereka, Muhammad Muttaqin Zainal, 18, yang memandu kereta terbabit cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan itu berlaku di simpang tiga di situ membabitkan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, kereta Perodua Kancil terbabit dikatakan secara tiba-tiba membelok memasuki sebuah simpang di situ.

“Dalam masa yang sama, kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa sebelum diseret.

“Pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda berusia 21 dan 28 tahun yang juga pekerja syarat petrokimia tidak cedera,” katanya.

Hanyan berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu mengeluarkan mangsa sebelum menghubungi polis.

“Kesemua mangsa adalah pelajar sebuah Kolej Kejuruteraan TATIUC di Teluk Kalong dan mereka dalam perjalanan dari kolej ke stesen bas ekspres di bandar Chukai.

“Kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH

2 pelajar kolej jururawat maut kemalangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker