Pernah terlanjur dengan ‘lelaki tua’, kini saya insaf

Pernah terlanjur dengan ‘lelaki tua’, kini saya insaf

“Saya benar-benar insaf selepas pernah dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 46 tahun. Saya kemudian ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, di sini, untuk pemulihan,” ujar gadis bernama Rokiah, 23.

Menurutnya, dia kini mahu berubah ke arah kebaikan dan memperbanyakkan amalan kepada Tuhan.



Rokiah berkata, dia dan lelaki itu mula berkenalan semasa menjadi sukarelawan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang, awal tahun ini.

Menurutnya, dia dikaburi dengan pelbagai janji manis sehinggalah perbuatan tidak bermoral mereka dihidu isteri lelaki terbabit yang kemudiannya membuat laporan.

“Apabila segalanya terbongkar, barulah lelaki itu mengaku sudah berkahwin. Ketika ditangkap, saya sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta dan berada di tahun akhir. Namun, dengan izin Allah SWT saya berjaya menamatkan pengajian sebelum memasuki Baitul Ehsan.

“Ahli keluarga tidak mengetahui apa yang terjadi sehinggalah perkara itu sampai ke pengetahuan mereka,” katanya tadi.



Rokiah antara 20 pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang diraikan dalam majlis Hari Kecemerlangan Pelatih Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin dan Penguasa Baitul Ehsan, Nazatushima Osman.

Rokiah berkata, dia pada mulanya memberontak terhadap keputusan ibu bapanya mahu ditempatkannya di Baitul Ehsan.

“Bagaimanapun, suasana di sini mengubah kehidupan saya sepenuhnya terutama soal agama. Daripada jarang mengerjakan sembahyang, kini saya terapkan disiplin solat di awal waktu.



“Walaupun kehilangan ramai kawan selepas kejadian khalwat itu, ia tidak mematahkan semangat untuk saya meneruskan kehidupan,” katanya yang memaklumkan mahu bercita-cita menjadi askar. HM

Pernah terlanjur dengan ‘lelaki tua’, kini saya insaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker