Pengguna jalan raya bantu kutip ‘duit terbang’ RM12,000
BANGKOK – Berpuluh-puluh pemandu kereta dan penumpang mereka berhenti untuk membantu seorang wanita mengumpul wang tunai berjumlah 100,000 baht (RM12,498) yang bertaburan di atas jalan di Khon Kaen, wilayah Isaan, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.
Wang itu ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang pekerja wanita tersebut tanpa sengaja.
Berdasarkan rakaman video dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Sutasinee Buachaban, sebilangan pemandu kereta meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk mengutip wang tunai bernominasi 1,000 baht (RM124.98) di atas jalan.
“Terima kasih kepada semua mereka yang berhati mulia. Saya telah menghubungi polis dan mereka telah memulangkan wang kepada pemiliknya,” demikian menurut kenyataan Sutasinee.
Menurut wanita berkenaan, seorang pemandu lori secara tidak sengaja meletakkan wang tersebut pada tangga pintu kenderaannya.
Dia kemudian terlupa mengenai wang itu dan terus memandu sehingga menyebabkan wang tersebut berterbangan di atas jalan raya.
Majikan pemandu tersebut, Supornthip Pakdee kemudian mendedahkan bahawa dia mengeluarkan wang berjumlah 100,000 baht (RM12,498) dari sebuah bank dan memberikan kepada pekerjanya untuk membeli sejumlah sayur akar ubi kayu.
Menurut Supornthip, dia mendapat semula sebilangan besar wang miliknya selepas orang ramai berjaya mengutip sebanyak 92,000 baht (RM11,498) di atas jalan.
Bagaimanapun, wang berjumlah 8,000 baht (RM999.84) lagi dilaporkan hilang.
Tambah wanita berkenaan, dia tidak menyalahkan pekerjanya, namun berasa kesal dengan kejadian itu. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’