Ikatan bantu BN capai kemenangan besar pada PRU-15
#PRU15
Ikatan bantu BN capai kemenangan besar pada PRU-15
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hari ini membuat ketetapan menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangannya, Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, langkah itu diambil berdasarkan semangat penyatuan ummah.
Bagi tujuan itu katanya, seluruh keahlian dan jentera Ikatan di seluruh negara, termasuk di Sabah akan digerakkan bagi membantu calon-calon UMNO dan BN agar mencapai kemenangan besar pada pilihan raya itu.
“Pada PRU-14, Gagasan Sejahtera ditubuhkan merangkumi Pas, Ikatan dan Parti Berjasa, namun, PRU-15 kali ini, Pas telah memilih untuk bersama-sama Perikatan Nasional (PN) dan Berjasa memlilih untuk bersama Gerakan Tanah Air (GTA).
“Gagasan Sejahtera kini ibarat kubur tanpa batu nisan. Keadaan sama turut berlaku kepada Muafakat Nasional yang mana Pas mewakili Gagasan Sejahtera dan UMNO mewakili Barisan Nasional penubuhan Muafakat Nasional untuk menyatukan ummah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Nik Marhalim lagi, Ikatan harus kekal pada tujuan penubuhannya yang asal iaitu sebuah parti berbilang kaum tetapi, tetap meneruskan perjuangan UMNO dan BN yang asal.
Ujarnya, perjuangan Ikatan adalah untuk membangunkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, adil, saksama dan bahagia.
MG
Ikatan bantu BN capai kemenangan besar pada PRU-15
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
You must be logged in to post a comment.