Cucu durjana, lempang nenek dan tonyoh cekodok panas di tangan

Nazri Zol, 34, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh.

AYER KEROH: Tindakan cucu durjana yang merupakan seorang lelaki melempang dan tonyoh cekodok panas pada tangan neneknya, membawa padah apabila dijatuhi hukuman 12 bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Nazri Zol, 34, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap neneknya Halimah Hassan, 83, di sebuah rumah di Jalan SB 1, Taman Sutera Belia, Batu Berendam, Melaka Tengah kira-kira pukul 9.20 pagi 21 Oktober lalu.

Tertuduh yang tidak bekerja boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 mengikut Seksyen 323 dibaca bersama Seksyen 326a Kanun Keseksaan.



Mengikut fakta kes, pada hari kejadian berlaku pertengkaran antara tertuduh yang juga anak sulung dengan ibunya, selepas tertuduh menolak neneknya itu.

Tertuduh kemudian turut menampar belakang badan dan muka neneknya serta mengambil kuih cekodok panas dan diletakkan pada tangan kanan warga emas itu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan serius yang tidak sepatutnya dilakukan seorang cucu terhadap neneknya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman 12 bulan penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 21 Oktober lalu.



Tertuduh tidak diwakili peguam.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker