Saya masih presiden dan akan menandatangani watikah calon PBM, bukan Zuraida – Larry Sng

PETALING JAYA: Larry Sng menegaskan beliau masih presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan akan menandatangani watikah (surat lantikan calon) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Semua pengumuman yang dibuat pemimpin parti sebelum ini hanyalah spekulasi.

“Semua pengumuman rasmi akan dibuat oleh saya dan hanya saya akan menandatangani watikah untuk PBM dalam PRU15,” kata bekas Ahli Parlimen Julau itu di Facebook.



Sng juga menegaskan tidak meletak jawatan atau melepaskan keanggotaan parti dan akan bertanding dalam PRU15 atas tiket PBM.

FMT pada 8 Ogos lalu melaporkan, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai presiden PBM seminggu selepas perhimpunan agung parti yang sebulat suara menyokong beliau menggantikan Sng.

Bagaimanapun, selepas perhimpunan agung itu, Sng berkata beliau terkejut dengan Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid yang mengumumkan Zuraida yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang secara rasmi menjadi presiden parti itu.

Sng berkata, ada beberapa prosedur perlu diikuti sebelum parti mempunyai presiden baharu, salah satunya ialah penyandang mesti meletak jawatan atau dipecat.



Walaupun terdapat percanggahan kenyataan, Sng menegaskan tiada konflik antaranya dan Zuraida, dan beliau hanya mahu peralihan dilakukan mengikut “prosedur yang betul” bagi mengelakkan PBM berdepan masalah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBM, Hizwan Ahmad, berkata beliau akan meneliti perkara berkenaan dan membuat beberapa semakan.

“Sementara itu parti akan tumpukan kepada persiapan berdepan pilihan raya,” katanya kepada FMT.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker