Polis rekod keterangan Ebit, Mondy

Polis rekod keterangan Ebit, Mondy

Polis telah merakam keterangan seramai 10 individu untuk siasatan kes rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keterangan itu termasuklah dari Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.



“Ada lagi beberapa individu akan dipanggil.

“Kita dalam proses menyiapkan kertas siasatan dan ada perkara teknikal sedang ditunggu iaitu laporan dari forensik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Tambah Ayob Khan, kertas siasatan ini akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.

21 September lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



Beliau dilaporkan berkata, polis turut merampas telefon milik Mondy untuk ketelusan siasatan.

Dalam pada itu, siasatan terhadap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berkaitan isu tafsir Al-Quran, Ayob Khan berkata, pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan untuk diserah kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kita telah merekod keterangan beliau (Howard) pada 26 September di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

“Ada dua laporan diterima polis membabitkan kes ini dan telah disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya. Utusan



Polis rekod keterangan Ebit, Mondy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker