11 pelacur, lima lelaki warga asing ditahan

Seramai 11 wanita tempatan yang terlibat dalam aktiviti persundalan dan lima lelaki warganegara asing ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Mentol pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kesemua mereka ditahan menerusi Op Noda yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada jam 4.30 petang.

“Pelanggan terbabit terdiri daripada lelaki warga Bangladesh dan India berusia antara 23 hingga 34. Mereka ditahan dalam serbuan ini bagi semakan dokumen.

“Difahamkan, harga ditawarkan untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit serendah RM30 selain menyasarkan warga asing sebagai pelanggan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Segamat di sini pada Rabu.

Beliau memberitahu, menerusi operasi itu pihaknya turut merampas buku catatan urus niaga, kamera litar tertutup (CCTV), kondom yang masih belum digunakan selain wang tunai berjumlah RM1,508.

Jelasnya, operasi yang diketuai Ketua Balai Polis Segamat, Inspektor Hanafi Ghazali itu dilakukan hasil risikan selama beberapa hari di sekitar daerah ini.

Menurut Ahmad Zamry, kesemua yang ditahan direman empat hari mengikut Seksyen 372 A dan 372B Kanun Keseksaan bawah Akta Imigresen 1959/63.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Segamat di talian 07-9312222.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker