Sudah-sudahlah menipu – Zahid
Sudah-sudahlah menipu – Zahid
UMNO menyifatkan pembangkang dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat sehingga terpaksa menggunakan taktik menipu.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, ini terbukti apabila pembangkang cuba memainkan rakaman ucapannya yang dipotong bahagian tertentu sebelum disebarkan.
“Apa yang terdesak sangat pihak lawan Barisan Nasional (BN) sehingga terpaksa menipu yang tidak sudah-sudah?
“Ini kali kedua rakaman ucapan saya mereka ‘dipotong’ dan disebarkan. Sepatutnya mereka guna teknologi yang ada untuk kebaikan, bukan kebatilan.
“Inilah antara cara mereka memfitnah pemimpin BN pada PRU14. Mereka sedang mengulanginya untuk PRU15,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Walaupun tidak dinyatakan rakaman video tetapi dipercayai merujuk kepada ucapannya di Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini yang diputar belit oleh musuh politik bagi mengelirukan orang ramai.
Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid menyatakan mengenai pendakwaan politik dan terpilih, tetapi rakaman itu dipotong pada bahagian-bahagian tertentu sehingga disalah anggap oleh orang ramai.
Menurut mantan Timbalan Perdana Menteri itu, sebagai hamba Allah, beliau mampu memaafkan.
Bagaimanapun, katanya, apakah mereka yang membuat fitnah itu dapat memaafkan diri sendiri?
“Berpolitik jangan hilang pertimbangan hukum dan insaniah. Usah menzalimi demi kuasa kerana tiada keberkatan di sebaliknya.
“Sudah-sudahlah dengan cara berpolitik menipu, menghasut dan memfitnah.
“Sebarkan agar rakyat tidak tertipu dan percaya fitnah oleh pihak yang tidak pernah takut akan dosa,” katanya yang turut melampirkan video yang disunting dengan ucapan penuhnya. MG
Sudah-sudahlah menipu – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Lagi kuari dengan kaitan kerabat raja, politik di Selangor
- Pesakit cabut lari gara-gara insurans tak ‘cover’a>
- PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf
- Sejarah panjang Mahathir dan badan kehakiman
- Kenapa program Syed Saddiq sahaja yang kena kacau?
- Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli
- Nelayan bergaduh dengan Coast Guard Singapura
- Ceti samseng dari Singapura
- Mangsa Kemalangan Bermain Game Raih Perhatian Netizen (Video)
- Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar
- Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional
- Haram berlakon solat dalam filem, drama
- Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu