RM460 juta Wang Menunggu Dituntut di AmanahRaya

RM460 juta Wang Menunggu Dituntut di AmanahRaya

Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) masih memegang RM460 juta Wang Menunggu Dituntut (WMD) setakat akhir September lalu.

Pengerusinya, Datuk Ramli Mohd Nor, berkata WMD bukan harta beku seperti tanggapan orang ramai, sebaliknya wang tunai milik waris yang tidak dapat diserahkan atas sebab-sebab tertentu seperti waris berpindah atau alamat yang diberikan tidak tepat menyebabkan wang tidak dapat diserahkan oleh AmanahRaya.

“AmanahRaya hanya berperanan sebagai pemegang amanah kepada WMD ini sehingga serahan dibuat kepada waris yang sah.

“Ini berbeza dengan persepsi masyarakat yang menyatakan harta beku berada di AmanahRaya, yang mana ia adalah tidak benar sama sekali.

“Apabila seseorang meninggal dunia, hartanya masih di atas nama si mati sehingga pentadbiran pusaka dibuat oleh waris si mati. Harta si mati ini tidak akan terus ke AmanahRaya seperti tanggapan masyarakat selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan zakat oleh Yayasan AmanahRaya (YAR) kepada 50 asnaf di Wisma AmanahRaya dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan.

Pada majlis penyampaian itu, YAR menyumbang RM180,000 Zakat Wakalah kepada asnaf menerusi 20 cawangannya di seluruh negara.

Harta beku adalah harta yang tidak dituntut oleh waris dan masih berdaftar atas nama pemilik yang meninggal dunia disebabkan beberapa faktor seperti tidak mengetahui cara menguruskan pusaka, tiada masa, tiada persepakatan dalam kalangan ahli keluarga dan tiada wang bagi menguruskan harta berkenaan.

Dalam pada itu mengulas, mengenai majlis berkenaan, Ramli yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAR berkata, yayasan berkenaan ditubuhkan pada 17 Oktober 2011 bagi menyediakan dan memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk pendidikan.

Katanya, yayasan itu juga menyedia, memberi serta menyalurkan bantuan atau sumbangan kepada individu dan organisasi yang menjalankan inisiatif bagi menyokong usaha mengurangkan taraf kemiskinan, memajukan sosioekonomi dan pendidikan serta sahsiah diri.

“Oleh itu, program ini adalah salah satu wadah Yayasan AmanahRaya dalam memenuhi tanggungjawab terhadap sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya kepada golongan asnaf.

“Saya berasa bersyukur kerana YAR kali ini diberi peluang untuk mengagihkan sumbangan Zakat Wakalah kepada 50 asnaf yang terdiri daripada pelanggan sedia ada AmanahRaya yang telah dijemput khas, menerusi Jabatan Pentadbiran Amanah dan AmanahRaya Cawangan Kuala Lumpur.

“Untuk makluman, penyerahan Zakat Wakalahtidak terhad hanya di Kuala Lumpur dan Selangor, malahan agihan ini akan diberikan kepada seluruh asnaf di Malaysia menerusi 20 cawangan AmanahRaya di seluruh negara,” katanya.

Setakat 30 September 2022, lebih 1.1 juta wasiat didaftarkan, 18,075 fail pentadbiran pusaka dan 24,314 akaun amanah dibuka di AmanahRaya. BH

RM460 juta Wang Menunggu Dituntut di AmanahRaya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker